Tuesday 6 February 2018

Raja Dan Berperlembagaan





RAJA DAN BERPERLEMBAGAAN 





Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan izinnya saya dan ahli kumpulan dari kelas DTK1S2 berjaya menyiapkan blog ini dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu pada tarikh (khamis) 15/2/2018. Tidak lupa juga daripada bantuan pensyarah kami iaitu Ustaz Suhaimi bin Samad telah membantu kami dalam memperkembangkan ilmu blogger ini dan mengajar kami tentang mata pelajaran ini iaitu DUB 1012 Pengajian Malysia. Blogger ini dibuat  untuk perkongsian ilmu dengan semua tentang tajuk yang telah kami lakukan. Sesi Disember 2017 Saya Nurul Mardhiah Binti Mohd Ramli (06DTK17F2046) , Aqilah Husna Binti Abdul Halim (06DTK17F2048), Norasiken Binti Kamarudin (06DTK17F2038), NurAisyhah Binti Mohd Rozey (06DTK17F2056), Thenmoly A/P Nadarajan (06DTK17F2066),Saratha Devi A/P Arumugam (06DTK17F2039)







Apa itu Raja Berperlembagaan?  

Perlembagaan ialah merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.

Perlembagaan juga ialah suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan. Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan orang yang diperintah.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah undang-undang bertulis yang tertinggi dan terutama yang menjadi rujukan bagi pentadbiran negara. Perlembagaan ini mengagihkan kuasa tadbir urus negara menurut amalan sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen. Perlembagaan ini boleh dipinda dengan sokongan majoriti sekurang-kurangnya dua pertiga di Parlimen.

Di Malaysia, sebahagian daripada hak-hak asasi manusia adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain, Perlembagaan ini menjamin kebebasan untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan; beragama dan juga hak-hak bersangkutan pendidikan. Setiap warganegara perlu mengetahui hak asasi masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.






 Peranan YDPA 

A. Pengenalan.
Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Baginda merupakan Raja
 Berperlembagaan dan tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Jawatan baginda
diwujudkan sejak tahun 1957 mengikut Perlembagaan Malaysia. YDPA merupakan
lambang kedaulatan dan ketertinggian kuasa negara. Baginda menjadi tumpuan
taat setia seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan kaum. YDPA dipilih oleh Majlis
Raja – Raja dalam kalangan sembilan orang sultan Melayu mengikut peraturan
pemilikan yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Jawatan YDPA dipegang
secara bergilir – gilir dan bukan diwariskan mengikut keturunan. Jawatan YDPA dipegang
selama lima tahun oleh setiap raja yang dipilih untuk memegang jawatan tersebut.
YDPA tidak memiliki kuasa mutlak kerana baginda terikat dengan kuasa Perlembagaan
Persekutuan. YDPA menjalankan kuasa pemerintahan negara berdasarkan nasihat
Perdana Menteri.

B. Peranan dan kedudukan YDPA secara terperinci dalam Persekutuan Malaysia

Fasal 39 Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong.
Walaupun terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan mengenai kuasa
dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong, secara lazim baginda menerima nasihat
dari Kabinet atau lebih khusus, Perdana Menteri.
Walaupun bertindak atas nasihat
Kabinet atau Menteri atau selepas berunding atau atas cadangan seseorang
atau sesuatu pertubuhan (selain Kabinet), Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak
mengikut budi bicara dalam tiga fungsi Perlembagaan iaitu m
elantik seorang Perdana
Menteri,b
ersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen
dan m
eminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan mengambil tindakan
dalam mesyuarat itu



      Peranan kedua ialah kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak
kepada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis,
aitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Yang di-Pertuan Agong sebagai sebahagian
komponen Parlimen mempunyai kuasa berikut memanggil Parlimen bermesyuarat
dari semasa ke semasa, memberhentikan dan membubarkan Parlimen memberi ucapan
dalam mana-mana majlis Parlimen dan memperkenankan Rang Undang-Undang.
Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa melantik dua orang senator untuk
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan
dan Putrajaya serta mempunyai kuasa melantik 40 orang senator lain.


Akhir sekali, kehakiman melantik Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan,
Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak,
hakim-hakim mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Tinggi atas nasihat
Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-raja. Melantik mana-mana
orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya
Kehakiman.



Selain tiga fungsi ini, Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi iaitu pemerintah
 Tertinggi Angkatan Bersenjata. Mempunyai kuasa mengurniakan pengampunan
dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah
Tentera dan semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan Labuan. Menjaga hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah
dan Sarawak. Sumber penghormatan dan kebesaran.Fungsi diplomatik dengan
melantik diplomat Malaysia di luar negara dan menerima mengadap diplomat
asing, dan menghadiri pelbagai majlis dan acara

      C. Kedudukan Yang di-Pertuan Agong secara terperinci dalam Persekutuan Malaysia


          Sebagai Badan Eksekutif Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi
 bicara dalam tiga fungsi perlembagaan iaitu melantik seorang Perdana Menteri, bersetuju
atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan parlimen dan meminta mesyuarat
Majlis Raja-raja diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan,
kemuliaan dan kebesaran raja.
  
           Selain itu, kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Badan Perundangan yang mengandungi dua majlis iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa memanggil parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa, memberhentikan dan membubarkan parlimen, memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen dan memperkenankan Rang Undang-undang. Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi dalam bidang kehakiman seperti melantik Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan. Melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk Pesuruhjaya kehakiman (yang mempunyai kuasa Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan. Baginda juga sebagai Ketua Agama Islam negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Ketua Agama Islam Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. 

  Baginda juga melantik jawatan tertentu bagi Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan atas nasihat Majlis Agama Islam Negeri berkenaan. Sabah dan Sarawak juga merupakan kuasa perlantikan yang diturunkan kepada Yang di-Pertuan Negeri. 


  D.  Pentadbiran dan pelantikan .

YDPA dengan nasihat perdana menteri melantik menteri-menteri , timbalan – timbalan menteri timbalan – timbalan menteri daripada ahli dewan rakyat atau dewan negara kedua-dua lantikan ini boleh dibatalkan oleh bagainda atas nasihat perdana menteri . sebelum menteri – menteri atau timbalan menteri menjalankan tugasan , mereka hendaklah mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan YDPA.YDPA juga boleh menetapkan beberapa jawatan sebagai jawatan-jawatan khas termasuklah ketua-ketua jabatan dan timbalan ketua-ketua jabatan. Tetapi baginda melantik seseorang ke jawatan
–jawatan ini atas sokongan suruhanjaya yang berkenaan.   






KUASA EKSEKUTIF

  • Kuasa eksekutif adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong.
  • Namun demikian, baginda harus bertindak atas nasihat Kabinet atau nasihat seorang menteri yang bertindak di bawah kuasa am Kabinet (biasanya Perdana Menteri).
  • Yang di-Pertuan Agong berhak mendapat apa-apa maklumat mengenai pemerintahan Persekutuan daripada Kabinet.
  • Semasa Majlis Raja-Raja membincangkan perkara-perkara mengenai dasar negara, baginda diiringi oleh Perdana Menteri.

HUBUNGAN DENGAN PARLIMEN

  • Yang di-Pertuan Agong merupakan satu daripada tiga komponen Parlimen (di samping Dewan Rayat dan Dewan Negara).
  • Baginda boleh memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen.
  • Yang di-Pertuan Agong boleh juga memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen atau dalam kedua-dua Majlis Parlimen bersama.
  • Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara perlu
    mendapat persetujuan (kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 66) Yang di-Pertuan Agong sebelum dijadikan undang-undang.

HUBUNGAN DENGAN KEHAKIMAN


  • Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi dan hakim-hakim lain Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu.
  • Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengampun segala kesalahan yang dibicarakan dalam mahkamah tentera, segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah.
  • Di samping itu juga, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk mengampunkan pesalah yang dikenakan hukuman di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).




TUGAS-TUGAS LAIN

  • Yang di-Pertuan Agong merupakan Panglima Tertinggi Bersenjata dan Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak yang tidak mempunyai raja-raja Melayu dan negeri baginda sendiri.
  • Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak. 




KUASA BUDI BICARA


Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicaranya sendiri dalam tiga perkara berikut iaitu ; 



  • Melantik seorang Perdana Menteri
  • Tidak mempersetujui permintaan membubar Parlimen
  • Meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai
    keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja.






PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH YDPA
  • YDPA tidak boleh  melibatkan diri dengan giat dalam apa-apa bentuk perniagaan.
  • YDPA tidak boleh memegang jawatan bergaji.
  • YDPA tidak boleh meninggalkan Malaysia selama tempoh yang melebihi lima belas hari kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu atau kerana membuat lawatan rasmi ke sebuah negara lain.
  •  YDPA tidak boleh menerima apa-apa jua jenis emolumen iaitu sesuatu urusan yang berbentuk hadiah wang atau bayaran dari negeri yang baginda menjadi raja.
  •  YDPA tidak boleh menjalankan tugas-tugas sebagai raja negerinya kecuali tugas-tugas sebagai Ketua Agama Islam, pindaan perlembagaan dan perlantikan Pemangku Raja atau ahli Jemaah Pemangku Raja.

PENGAJARAN 



pengajaran yang kami dapat dalam KONSEP DEMOKRASI BERPARLIMEN,RAJA BERPERLEMBAGAAN ialah kita sebagai rakyat hendaklah menghayati konsep Raja Berpelembagaan dan memahami tentang sistem Raja Berpelambagaan.



LAMPIRAN : 





SUMBER RUJUKAN : 


Buku text pengajian malaysia
http://rajaberperlembagaan.blogspot.my/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Konsep_Raja_Berperlembagaan_di_Malaysia




KESIMPULAN 




  Sistem raja berperlembagaan merupakan satu daripada tunggak autoriti dalam pemerintahan Malaysia, dan telah wujud semenjak Tanah Melayu merdeka. Sistem ini terdiri daripada dua institusi, iaitu Majlis Raja-raja dan institusi Yang di-Pertuan Agong.  seterusnya sistem raja berperlembagaan menjelaskan keseimbangan hak dan tanggungjawab antara raja dan rakyat yang dinaungi,demi kemantapan dan kemakmuran masyarakat sendiri. selain itu Sistem raja berperlembagaan menjamin kedaulatan negara sewajarnya menerima tumpuan taat setia rakyat yang terpelihara dalam lingkungan undang-undang yang didaulatkan oleh proses sistem raja berperlembagaan itu sendiri.